Dapatkan lebih info mengenai High Chaparral Stable.
Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam menyediakan kemudahan rekreasi berkuda di Kelantan, kami bertekad untuk menawarkan fasiliti berkualiti tinggi dan pengalaman rekreasi terbaik yang sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk dewasa, remaja, wanita, dan kanak-kanak.
Lihat High Chaparral Stable Pasir Puteh dari lensa drone yang kami sediakan untuk anda. Lihat fasiliti, paddock dan trek khas yang terbaik untuk anda.
The High Chaparral Stable Pasir Puteh telah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan visi untuk memperkenalkan keindahan dan manfaat sukan berkuda kepada semua lapisan masyarakat. Dengan pengalaman luas, stable ini bukan sahaja menjadi tempat untuk rekreasi, tetapi juga platform pemulihan dan pembangunan diri.
Daripada membantu pesakit autisme berkomunikasi hingga memulihkan pesakit strok agar kembali berjalan, stable ini telah menyaksikan pelbagai keajaiban melalui terapi berkuda. Tidak hanya itu, stable ini juga menjadi tempat transformasi golongan belia mencapai kejayaan dalam pertandingan endurance dan memupuk jati diri anak bangsa.
Kami komited untuk memastikan setiap pengunjung mendapat manfaat fizikal, mental, dan spiritual melalui pengalaman berkuda yang unik.
Untuk menjadi stable berkuda terkemuka di Malaysia yang memupuk minat berkuda, menginspirasikan perubahan positif dalam kehidupan, dan memperkenalkan keindahan sukan berkuda kepada semua lapisan masyarakat.
Lihat nilai teras yang kami terapkan kepada semua jurulatih dan pelatih kami di High Chaparral Stable.
Kami mengutamakan keselamatan setiap pengunjung dan kuda melalui pematuhan ketat terhadap protokol keselamatan.
Memberikan pengalaman berkuda terbaik dengan fasiliti dan jurulatih berpengalaman.
Menggabungkan elemen rekreasi dan pendidikan untuk mencipta pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna.
Menyediakan aktiviti berkuda untuk semua lapisan umur dan tahap kemahiran, dari pemula hingga penunggang mahir.
															Lihat galeri kami yang memaparkan pelbagai momen menarik sepanjang pengalaman berkuda di High Chaparral Stable. Dapatkan inspirasi melalui gambar-gambar aktiviti berkuda, latihan intensif, dan keindahan alam semulajadi hanya di High Chaparral Stable.






















Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej yang disediakan atau jika anda ingin membuat tempahan temujanji berkuda.

016-534 6388

Kampung Tok Nik, 16800 Pasir Puteh, Kelantan